Rumah Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM) Taman Botani Negara Shah Alam

Pelawat berpeluang merasai suasana empat musim di RISEM. Terdapat 20 jenis tumbuhan import dari negara beriklim sederhana, ditanam dalam bangunan RISEM. Musim di RISEM akan berubah setiap tiga bulan:

  • Musim bunga - bulan Mac hingga Mei
  • Musim panas - bulan Jun hingga Ogos
  • Musim luruh - bulan September hingga November
  • Musim salji - bulan Disember hingga Februari

Sejak bencana ribut pada bulan Mac 2019, RISEM ditutup bagi kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan dan pemulihan tumbuhan